MATLAMAT

Matlamat Jabatan Sains dan Matematik ialah untuk merealisasi ‘Misi Sekolah’ secara bijaksana dan bertanggungjawab ke arah potensi pelajar cemerlang, memartabatkan profesion keguruan dan menjadikan SMK SERIAN Institusi Pendidikan yang dihormati di kalangan masyarakat.

OBJEKTIF

Untuk menjayakan matlamat ini, usaha dan tenaga akan digemblengkan secara total tanpa perjudis ke arah :

1. Melahirkan pelajar yang membudayakan ilmu dengan mewujudkan

iklim menuntut ilmu sepanjang hayat.

2. Melahirkan pelajar cemerlang dalam subjek Sains dan Matematik

yang merupakan asas kepada disiplin-disiplin ilmu.

3. Melahirkan bakal masyarakat yang amanah dan jujur serta mampu

membuat keputusan yang berkesan.

4. Melahirkan pelajar yang maju, berdaya saing dan berketrampilan

serta mampu mengukuhkan perpaduan.

5. Memperkasakan ilmu Teknologi Maklumat Komunikasi [TMK] di

kalangan pelajar dan guru.

6. Mengangkat martabat profesion keguruan dengan mempertingkatkan

penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP