Khas kepada guru sains-ANUGERAH PENDIDIKAN SAINS TORAY 2010

Kepada semua guru sains SMKS, berikut adalah ringkasan daripada taklimat 'Anugerah Pendidikan Sains TORAY(MTSF) 2010' yang telah saya hadiri pada 24/3/2010 bertempat di SMK TAHO Kuching.

1. Anugerah yang mula diperkenalkan pada tahun 1994 ini diberikan khas kepada pensyarah, pegawai dan guru yang terlibat dengan pendidikan sains.

2. Pertimbangan diberikan kepada penyertaan seperti yang berikut:
a) inovasi teknik pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan berkesan
b) ciptaan bahan bantu mengajar(bahan dan alat eksperimen) yang inovatif, berkesan serta mudah didapati
c) permainan pendidikan sains yang dapat membantu penyampaian ilmu sains dengan lebih menarik dan berkesan

3. Contoh projek yang berjaya memenangi anugerah:
a) permainan model molekul dengan menggunakan belon pelbagai warna
b) pemerhatian struktur sel tumbuhan: menggunakan cuka

4. Penyertaan adalah terbuka kepada semua guru sains(bio,kim,fiz) dari Tg 1 - Tg 6 atas.

5. Berikut adalah hadiah yang ditawarkan:
a) 1st: RM6,000 - RM10,000
b) 2nd: RM2,000 - RM4,000
c) Consolation: RM1,000 - RM2,000

6. Setiap penyertaan hendaklah sampai di pejabat MTSF pada atau sebelum 31/5/2010

7. Guru-guru yang berminat atau ingin bertanya lebih lanjut, boleh berjumpa segera dengan saya.

Kepada semua guru, rebutlah peluang keemasan ini untuk menunjukkan daya kreatif masing-masing demi memajukan pendidikan sains di negara kita di samping memenangi hadiah lumayan dengan projek yang mudah.
Sekian, terima kasih.
Azlinah Seman.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP